Thursday, January 29, 2009

TAJOL DIGANTI OLIH NAJIB TERAJUI PERAK KETAHUI MALAM INI

29 Jan 2009 1:43PM
KL: Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata Umno masih belum membuat sebarang keputusan mengenai pengganti Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali yang meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak.

Bagaimanapun Najib berkata perkara tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat majlis Tertinggi Umno yang akan diadakan malam ini.

"Belum ada apa-apa keputusan lagi...beliau hanya gambarkan hasratnya (letak jawatan)," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteriitu juga berkata beliau masih belum menerima sebarang surat mengenai peletakkan jawatan bekas Menteri Besar Perak itu.

"Saya belum terima apa-apa surat, lagi pun surat itu kena serah kepada Presiden Parti," katanya.

Ditanya mengenai cadangan supaya beliau sendiri menerajui Umno Perak, Najib bagaimanapun enggan mengulas lanjut.Beliau merasakan berat hendak memikulnya,Elok lah kita menunggu keputusan malam ini.

Tuesday, January 27, 2009

Zahid Hamidi Kata, siasat kenapa lompat parti

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata siasatan lanjut perlu dilakukan bagi mencari punca tindakan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) melompat parti seperti yang dilakukan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim.

Ahmad Zahid berkata bantuan harus diberikan supaya tekanan peribadi tidak menyebabkan tekanan politik kepada wakil-wakil rakyat BN terutama di negeri-negeri yang diperintah pembangkang.

"Ini kerana mungkin daripada segi peruntukan, kita (Kerajaan Pusat) boleh membantu... Mungkin mereka mengalami masalah daripada segi membiayai aktiviti-aktiviti yang dilakukan sebagai wakil rakyat," katanya.

Mengenai tindakan Nasaruddin itu, beliau berkata: "Memang saya tidak terkejut dengan keputusan itu... tetapi pada saya, beliau mungkin mempunyai sebab-sebab tersendiri (untuk melompat parti) dan harus kita ketahui (sebabnya)," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penutupan Festival Pembangunan Ekonomi Islam 2009 (I-Fest 09) di sini.

Semalam Nasaruddin mengumumkan keputusannya untuk keluar Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat dan menyatakan tindakan itu diambil setelah lama mempertimbangkannya.

-- BERNAMA

Dato Nasaruddin Bekas ADUN UNMO Bertemu MB Hj Nizar

IPOH, 28 Jan :- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Bota, Dato' Nasharuddin Hashim akan mengadakan kunjung hormat kepada YAB Menteri Besar Perak di Pejabat Menteri Besar pagi ini.

ADUN BN yang baru mengumumkan keluar dari partinya itu dijangka sampai di Pejabat Menteri besar di sini pada jam 8.45 pagi. Demikian kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Perak, Hj. Anuar Hashim yang dihantar melalui sms pagi ini.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua pihak akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam sidang akhbar sesudah itu.

Inilah pertemuan dan kunjungan pertama antara kedua pihak setelah Dato' Nasharuddin mengumumkan keluar dari BN dan menyertai PKR Ahad lepas.

Pertemuan pada pagi ini juga telah dimaklumkan kepada semua Exco Kerajaan Negeri dan Semua ADUN Pakatan Rakyat.
-cina Islam blogspot.com

Sunday, January 25, 2009

TANAH REZAB MELAYU PERLU DINILAI SEMULA

Penduduk mahu nilai Tanah Kpg Baru sama seperti KLCC
Muda Mohd Noor | Jan 26, 08 3:31pm
Pemilik tanah Rezab melayu merasakan tidak lagi sesuai di nilai sebagai tanah yang bernilai rendah sedangkan tanah tersebt adalah didalam kawasan yang sama dan dibawah Pentadbiran tanah yang sama tetapi nilainya terlalu rendah contoh Kampung Baru di ibu negara mahu harga tanah mereka dinilai mengikut pasaran semasa sebagaimana harga tanah di sekitar Kuala Lumpur City Center (KLCC) dan kawasan sekitarnya.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Astaman Abdul Aziz berkata, harga yang ditawarkan antara RM100 hingga RM200 sekaki persegi untuk tanah di Kampung Baru adalah terlalu rendah.

"Mereka membandingkan dengan nilai tanah di KLCC iaitu RM1,200 sekaki persegi sedangkan Kampung Baru terletak bersebelahan dengannya.
Dimankah perjuangan yang laungkan olih Parti yang memerintah untuk membela didlam perkara ini.Semek semula Akta tanah Negara yang ditinggalkan dek zaman Penjajah lagi.Tanah terbabit dalam pembangunan olih Kerajaan. Jika tanah geran bebas nilainya sangat jauh beza dengan tanah rezab melayu.

silaiman_keadilangerik.blogsport.com

HIDUP MELAYU, DGN KERAJAAN BARU

Nathaniel Tan & Nik Nazmi Nik Ahmad |

JAN 26, 08 8:30pm
Kami setuju tanpa ragu-ragu bahawa kedudukan, martabat dan maruah orang Melayu kini kian terancam.

Rakyat Melayu marhaen berada dalam posisi yang membimbangkan kerana semakin tertindas dan terpinggir dari segi ekonomi dan politik.
Namun, soalnya, siapa yang menindas dan meminggirkan umat Melayu?

Orang Cina? Kaum-kaum 'pendatang' lain yang sudah terlalu lama menjadi setinggan di Tanah Melayu?

Parti Cinakah yang memimpin Malaysia semenjak Merdeka lima puluh tahun lalu sehingga sekarang? Apakah orang 'pendatang' yang menjawat jawatan tertinggi dari hari pertama Malaysia merdeka?

Kesusahan yang dihadapi oleh orang Melayu sekarang sebenarnya kesusahan yang dihadapi setiap rakyat Malaysia pada saat gentar ini - ekonomi negara yang meleset, harga barang yang melambung, ketidakpedulian kerajaan dan pihak-pihak berkuasa terhadap cabaran yang dihadapi mereka setiap hari.

Punca masalah-masalah ini bukanlah perbezaan warna kulit atau agama; puncanya adalah pemimpin-pemimpin yang sanggup menggadai maruah rakyat dan bangsa untuk memperkayakan diri sendiri.

Setelah lima puluh tahun berleluasa tanpa kawalan, pemimpin-pemimpin Umno telah mengabaikan cita-cita murni pejuang-pejuang kemerdekaan kita untuk membina Malaysia yang aman dan makmur untuk semua.

Polemik kaum

Tangan di depan menghunus keris kononnya untuk mempertahankan hak-hak Melayu, tangan di belakang merompak tanah Melayu, merompak saham Melayu, merompak sara hidup Melayu.

Budaya rasuah kini meracuni setiap lapis pimpinan parti yang ditubuhkan untuk mengharumi masa depan bangsa sehingga laungan sahaja berbunyi "Melayu!" tetapi hati berbisik "Saya dahulu!"

Sejarah dunia menyaksikan polemik kaum disalahgunakan pelbagai pihak - mahupun di Bosnia, Rwanda dan sebagainya - untuk mengutarakan nafsu politik yang rakus.

Api perkauman dinyalakan demi menghasut rakyat jelata antara satu sama lain; namun amat mudah untuk menjadikan orang yang berlainan warna kulit punca kesengsaraan satu bangsa.

Sebagai generasi baru Malaysia, kita perlu sedar kepada kebenaran dan menembusi ilusi yang dicipta oleh golongan yang berkepentingan.
Kesedaran ini boleh dikatakan susah untuk rakyat Malaysia, yang telah sekian lama diajar oleh kerajaan Barisan Nasional untuk melihat setiap masalah sosial dan isu politik dari sudut perkauman.

Parti-parti politik yang berasaskan kaum sahaja akan terperangkap selamanya dalam wacana sempit di mana dosa-dosa dan penyelewengan individu-individu disembunyikan di belakang tabir perkauman.

Buktinya jelas; Umno sendiri mengakui bahawa tiga puluh tahun selepas perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru, sasaran-sasaran untuk pembangunan taraf ekonomi Melayu masih gagal dicapai.

Hidup mewah

Adakah ini kerana orang Melayu sebenarnya malas manakala kaum-kaum lain rajin? Penjelasan ini tidak munasabah.

Dengan jumlah penyelewengan sehingga berbilion-bilion ringgit oleh ahli-ahli politik Barisan Nasional, tidak hairan Dasar Ekonomi Baru gagal sama sekali. Dasar yang diasaskan dengan matlamat membangunkan rakyat Melayu marhaen diselewengkan sehingga hanya kelompok kecil sahaja yang memperoleh keuntungan dari dasar-dasar tersebut.

Sehingga hari ini, mustahil ternampak seorang pemimpin tinggi Umno yang tidak hidup mewah dengan mahligai dan kereta-kereta besar.

Jelas, nasib Melayu tidak semestinya terbela oleh parti-parti politik yang bertopengkan nama Melayu sahaja, tetapi oleh pemimpin-pemimpin tanpa mengira kaum yang jujur dan berwibawa. Maruah bangsa Melayu hanya dapat dijamin apabila parti yang terbukti gagal mengangkat martabat bangsa diganti dengan saf pimpinan yang baru.

Keputusan pilihanraya umum Mac 8 juga jelas menunjukkan bahawa rakyat jelata sedia menolak politik perkauman yang digunakan untuk menutup budaya rasuah yang telah menghancurkan ekonomi negara dan membebani rakyat.

Sedihnya, golongan politik yang telah mengekalkan sistem ini yang bankrap moralnya kini enggan melepaskan kuasa dan menerima pilihan rakyat.

Mereka berdegil dengan memainkan politik perkauman yang telah jelas ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya umum ke-12. Pada bulan Mac, orang Melayu tidak takut untuk mengundi DAP dan orang bukan Islam tidak takut untuk mengundi PAS.

Keberanian mengundi sedemikian, walaupun isu-isu perkauman masih dimainkan oleh Barisan Nasional, adalah kerana rakyat berikhtiar untuk merealisasikan harapan untuk membentukkan sebuah Malaysia di mana kepentingan rakyat dipelihara; harapan bahawa dengan kerajaan yang telus dan prihatin akan melahirkan sebuah Malaysia yang mana semua rakyat terbela.

Di bawah pimpinan Umno, tidak kira ideologi asal yang kini sudah tercemar dan terabai, orang Melayu akan terperangkap dan tidak mungkin maju dan berdikari. Parti-parti yang berulang-ulang terbukti gagal menjaga kedudukan orang Melayu di mata dunia harus diganti sebelum terlambat.
JANGAN TUNGGU RETAK MENJADI BELAH.

Nathaniel Tan merupakan pengendali blog www.jelas.info. Nik Nazmi Nik Ahmad merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia dan Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia. Blognya boleh dicapai di
http://sulaiman_keadilangerik.blogspot.com

ZAMAN GELAP HANTU RAYA MAHDADIR,

Hishamuddin Rais | jan 26, 08 3:03pm
Apabila saya dibebaskan dari kem tahanan Kamunting pada 2003, saya telah mengeluarkan slogan "Tangkap! Tangkap Madey!" Ramai yang tersalah faham kenapa saya mengeluarkan slogan ini.

Slogan ini bukan kerana dendam. Saya tidak mendendami sesiapa pun. Slogan ini adalah hasil daripada analisis politik.

Di hari Dr Mahathir (Madey) meninggalkan pejabat PM, pada malamnya saya telah mengadakan pesta yang saya panggil "Malam Menghalau Hantu Raya".

Di malam itu, ramai kawan datang untuk berpesta termasuk berbelas-belas anggota polis dan tuan OCPD dari Brickfeilds.

Saya pangil Madey Hantu Raya kerana dari mitologi Melayu ada kepercayaan di mana seseorang yang telah berjanji dengan setan tidak akan mati-mati. Rasa saya metafora Hantu Raya untuk Madey cukup tepat.

Justeru slogan "Tangkap! Tangkap Madey!" itu semakin terbukti tepat. Dan pesta Menghalau Hantu Raya itu juga memang tepat.

Ramai tersalah baca tentang Hantu Raya. Ramai salah analisis dan tidak memahami perjalanan politik. Salah baca ini muncul kerana: Pertama - penganalisisan dan pembacaan politik mereka tidak memiliki asas ekonomi dan kelas. Kedua – penganalisisan politik ini dicampuradukkan dengan harapan dan mimpi si penganalisis itu sendiri.

Politik ialah perebutan kuasa. Kuasa muncul daripada ekonomi. Ekonomi ialah harta dan wang ringgit. Politik ialah perjuangan satu kumpulan atau satu kelas yang ingin mendapatkan kuasa agar dapat memiliki punca harta kekayaan.

Hukum politik dan kuasa ini tidak akan berubah-ubah sama ada di Saudi Arabia yang Islam, di India yang Hindu, di Nepal yang menganut Buddha, di Itali yang Katholik atau di Peranchis yang sekular.

Harus diakui bahawa Hantu Raya ini telah meninggalkan kerusi PM kerana telah dihalau oleh ombak Reformasi. Hantu Raya tidak akan pergi tanpa dihalau. Keputusan pilihanraya umum 1999 membuktikan jika Hantu Raya ini tidak pergi, maka ombak Reformasi akan melingkupkan United Malays National Organisation.

Ketika Hantu Raya mengundur dan hilang kuasa, kita dapat melihat bagaimana polong-polong dan para kroni seperti Halim Saad, Daim Zainuddin, Lim Goh Tong, Ananda Krishan, Eric Chia, Vincent Tan – mula menguncup.

Eric Chia dibawa ke mahkamah untuk kes Pewaja, Vincent Tan dibawa ke mahkamah kerana terlibat dalam kes korek, korek, korek (correct, correct, correct). Malah Hantu Raya sendiri telah diheret ke mahkamah dalam kes pita video Lingam. Keadaan ini cukup menggerunkan Hantu Raya.

Polong dan kroni-kroni Hantu Raya telah mula hilang pengaruh dan hilang kunci untuk dapat merompak dana negara dan merompak harta rakyat tanpa dihalang-halang. Waspada, kaum pemodal yang menjadi polong ini tidak akan pergi tanpa melawan kembali.
Justeru, mereka bersama Hantu Raya telah menyusun strategi untuk kembali berkuasa.

Saya telah banyak menulis dan cuba menerangkan kenapa Hantu Raya ini wajib dilihat sebagai musuh orang ramai. Banyak tulisan yang membuktikan bahawa selama 22 tahun Hantu Raya berkuasa banyak porak-peranda telah menimpa orang ramai.

Dasar penswastaan atau mengagih-agihkan harta rakyat seperti syarikat MAS, syarikat air, elektrik, jalan raya, keretapi, hospital - kepada kroni dan para polong adalah salah satu daripada dasar Hantu Raya yang kita semua rakyat merasai parah akibatnya.

Memaksa kanak-kanak sekolah belajar sains dan ilmu kira-kira dalam bahasa Inggeris adalah satu lagi bukti. Dasar ini dilaksanakan tanpa perbincangan dan pengkajian. Dasar ini telah dan sedang memporakperandakan sistem pembelajaran kebangsaan. Hasilnya bahasa pengucapan kebangsaan semakin parah dan cacamarba.

Hantu Raya juga telah mengusutmasaikan dan merobek lembaga kehakiman negara. Kes pembuangan hakim pada 1988 masih dirasakan musibatnya. Lembaga kehakiman negara menjadi porak-peranda sehinggakan ada susuk peguam, susuk magistret dan susuk hakim boleh dijual beli.

Untuk berkuasa kembali, Hantu Raya telah merancang dengan licik. Hantu Raya telah membuat kelentong hinggakan Tengku Razaleigh Hamzah merasa yakin bahawa dialah yang layak untuk memimpin United Malays National Organisation.

Lihat pula bagaimana Rais Yatim naik ekor dan hampir terpancut apabila badannya diurut-urut oleh Hantu Raya. Tiba-tiba Rais Yatim merasa dialah susuk yang berwibawa untuk menjadi timbalan presiden gerombolan United Malays National Organisation.

Susuk-susuk ini diurut-urut oleh Hantu Raya agar mereka bangun bertandak untuk melekeh dan mengkritik Abdullah Ahmad Badawi. Tidak cukup dengan ini, Hantu Raya telah menggunakan taktik – polis baik dan polis jahat – untuk memberi tekanan kepada Abdullah agar mengundur.

Polis baik ialah Najib Razak. Polis jahat ialah Muhyiddin Yassin. Taktik klasik ini selalu digunakan oleh polis semasa melakukan siasatan. Satu orang akan memberi tekanan secara kasar ganas dan yang satu lagi akan memberi tekanan secara halus. Akhirnya Abdullah Badawi terlucut seluar.

Dari 2003 lagi saya telah menulis dan berkeyakinan bahawa pilihan 'agung' Hantu Raya ialah Najib Razak. Malah kita jangan lupa hampir tiga bulan sesudah menjadi PM, Abdullah Badawi tidak memilih sesiapa pun sebagai timbalan sehingga Hantu Raya membuat pengisytiharan. Abdullah Badawi terpaksa mengiyakan pilihan Hantu Raya.

Maka Najib Razak menjadi timbalannya.

Sila lihat corak siapa yang dilantik dan diyakini dalam kabinet Hantu Raya. Semuanya yang dijadikan pemimpin kanan adalah susuk-susuk yang memiliki masaalah. Rahim dengan budak kecik, Megat dengan penjual kedai video, Nazri dengan teksi-teksinya, Rafidah dengan APnya.

Lagi banyak si menteri bermasalah, lagi setia menteri ini dengan Hantu Raya. Lagi banyak berasuah, lagi senang polong-polong ini mengikut kata Hantu Raya.

Apakah Najib ada masaalah? Saya tidak perlu menjawab soalan bodoh ini. Kalau seekor tikus yang bertanya mungkin saya akan cuba menerangkan kepada tikus ini tetapi kalau warga negara yang celik otak bertanya, maka saya meminta orang yang bertanya ini pindah ke Zimbabwe.

Hantu Raya memiliki strategi berjangka panjang. Semuanya telah, sedang dan akan diatur dengan licik. Tujuan akhir ialah untuk menobatkan anak Hantu Raya. Ini untuk meneruskan dinasti dan memastikan harta kekayaan negara ini akan terus selamat di tangan kaum keluarganya. Juga untuk memastikan Hantu Raya sendiri tidak akan dibawa ke mahkamah untuk menghadapi seribu satu pertuduhan.

Siapa sebenarnya yang diwakili oleh Hantu Raya ini? Jawabnya, bukan Mak Cik dari Felda Taib Andak, bukan tuan punya warong di Pantai Dalam, bukan ahli United Malays National Organisation Bukit Jelutong.

Hantu Raya mewakili borjuis nasional, cukong-cukong besar – Daim Zainuddin, Lim Genting, Vincent Tan, Ananda, Tin Phek Bakun – ini hanyalah beberapa nama cukong borjuis nasional yang diketahui umum.

Mereka ini semuanya menjadi polong kaya-raya menghisap darah kekayaan negara kerana setia kepada Hantu Raya.

Justeru pertempuran antara Hantu Raya dengan Abdullah Badawi wajib dibaca sebagai pertempuran kepentingan ekonomi dari dua kelas yang berbeza. Syarikat Scomi, ECM Libra, atau Ethos Capital adalah pendatang baru yang belum bertahap borjuis nasional. Syarikat-syarikat ini kaya tetapi belum cukup kaya-raya yang melimpah ruah.

Kumpulan kelas baru ini cuba mengambil punca-punca ekonomi melalui payung kuasa Abdullah Badawi. Inilah sebab musabab kenapa Hantu Raya siang dan malam menggodam Khairy Jamaluddin, menggodam Tingkat Empat dan menggodam Kalimullah Hassan.

Penggodaman yang dilakukan oleh Hantu Raya tidak ada sangkut paut dengan Islam, dengan Melayu, United Malays National Organisation, nilai patriotisme, dasar luar negara dan, dan, dan... Pergaduhan politik ini ialah perebutan ekonomi.

Pada akhir 2008, kuda-kuda tunggangan Hantu Raya telah tersedia untuk ditunggang. Kuda sudah sedia. Celana sudah dipasang. Malaysia akan kembali ke zaman gelap Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimana dengan Najib Razak? Najib Razak ini siapa?
Duta Malaysia ke Mongolia yang akan datang...

ADUN UMNO PERAK SAH MENYERTAI PKR


Adun Umno keluar parti, sertai PKR
Jan 25, 09 3:33pm
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Nasarudin Hashim keluar dari Umno untuk menyertai PKR.

Berikutan itu, Pakatan Rakyat kini menguasai 32 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, demikian menurut The Star.

Barisan Nasional (BN), yang tewas kepada Pakatan dalam pilihanraya umum Mac lalu, kini tinggal 27 kerusi negeri.

Saturday, January 24, 2009

KEMANA HALA TUJU KITA 51 TAHUN MEREDEKA?

PKR Gerik, Saturday, January 24, 2009
Ada yang bertanya PKR perjuangkan apa dan untuk siapa? Sepatutnya tanyalah Umno terlebih dahulu selama ini apa yang diperjuangkannya untuk apa? dan untuk siapa? Kerana umno telah memerintah selama 51 tahun.

Apa yang disibukan pasal parti lain berjuang untuk siapa? Parti umno ni berjuang untuk apa yea…. Apa yang pasti rakyat telah melihat dan sedari sekarang ini umno hanya memperjuangkan perut dan kroni sendiri saja. Jika di katakan Umno perjuangkan kemerdekaan, bantu bumiputra, tingkatkan ekonomi negara, itu hanya catatan buku sejarah yang hanya ditulis oleh Umno yang diajar kepada setiap generasi melalui sistem pendidikan terancang, generasi sekarang tidak mudah tertipu dengan mitos itu lagi.

Perjuang untuk bangsa? Ha..ha..ha.. buktinya melayu semakin pupus dan susut oleh agenda Umno. Buktinya umat melayu Islam semakin ramai murtad dengan perlembagaan olahan Kerajaan. Buktinya negara semakin maju dengan kadar jenayah yang tinggi dan tidak bermoral dan beribu lagi masalah yang tiada penghujungnya.

Banyak lagi melayu yang ketinggalan mungkin tercicir dari arus pembangunan negara. Ramai melayu yang menjadi juara di Pusat Serenti akibat terlibat dengan najis dadah, menjadi juara rempit di jalanraya kerana masalah sosial, menjadi juara buang anak kerana cara kehidupan bebas seperti negara barat dan pelbagai lagi.

Kemudian penulisan bahasa melayu yang diagungkan pun dah bertukar tulisan dari jawi menjadi rumi, sehinggakan sekarang semuanya dalam tulisan rumi, hilang sudah satu identiti melayu yang menggunakan tulisan jawi, sehinggakan ramai anak muda yang tak tahu membaca tulisan jawi.

Perjuangan untuk agama? Agama pun sudah ketinggalan didalam urusan seharian. Islam itu satu cara hidup tetapi didalam urusan pentadbiran masih mengikut modul kolonial. Hukum-hakam juga berdasarkan hukum barat yang sememangnya mahu merosakkan kita yang beragama Islam. Pusat judi, pusat hiburan dan kedai minuman keras tumbuh bagai cendawan. Yang ruginya adalah anak-anak muda yang perlukan dorongan dan bimbingan semakin hanyut dalam arus permodenan semasa.

Kesimpulannya, apa yang tinggal kemudian hari nanti hanyalah saki baki anak bangsa melayu yang masih berpegang teguh kepada kepercayaan beragama yang berupakan kepada Islam (baka) dan majoritinya sudah terpesong dengan mengguna pakai sistem barat. Maka hilanglah jati diri anak bangsa melayu yang kita cintai.

Hurm….., Umno boleh di ibaratkan seperti Fatah di Palestin yang menjadi kawan karib Israel untuk menghancurkan Parti Islam Hamas. Cuma skripnya sedikit berbeza antara Umno, PKR dan PAS, walau bagaimanapun Parti Pas semakin diterima rakyat kerana pendekatan Islam yang dibawanya.

Buat parti PAS yang memerintah negeri bersama Pakatan Rakyat, sudah hampir sepuloh bulan memerintah dan bakal genap setahun pada bulan March ini, supaya dapat membuat perubahan dan tindakan keatas premis jualan arak, pusat judi dan pusat hiburan, tunaikan janji untuk melaksanaan hukum Islam. Kerana yang masih menjadi JUARA dalam semua bidang ini masih lagi orang-orang Melayu yang mengaku Islam.

Insyallah…. Isa masih berharap mentaliti orang-orang melayu Islam akan berubah, dan hendaknya dapat bergabung dibawah satu parti demi mempertahankan kedaulatan Islam dan Bangsa Melayu.

sumber asal

Monday, January 19, 2009

MENYOKONG PERUBAHAN DEMI PERUBAHAN PAKATAN RAKYAT PERAK

PKR Gerik, Monday, January 20, 2009
Kami merayu Kerajaan Pakatan Rakyat supaya mengubah cara kerja BN kepada cara kerja Pakatan Rakyat yang mesra rakyat. Jentera yang diwarisi dari BN dah patut dibaiki supaya mengikut cara dan acuan Pakatan Rakyat.

Kami bagi 1 contoh mereka dari dulu dalam BN dah tak tau siapa bumiputera dibawah hingga sekarang. Saya pun hairan jenis manusia macam mana yang dikatakan bumiputera, adakah bangsa Asli,Melayu,Cina, Tamil, Siam atau Benggali atau apa-apa bangsa.

Kami menyokong penuh pembentukan Kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah Perak.
Tetapi Pegawai-pegawai Kerajaan tidak peka dan tidak tahu membezakan yang mana Melayu atau lain-lain bangsa, amatlah dikesali dan mendukacitakan.

HAPUSKAN SAJA RIZAB MELAYU, yang tidak releven lagi setelah 50 tahun kita Merdeka menjadikan orang-orang melayu mundur, kerana Tanah simpanan melayu diwarisi dari kerajaan Penjajah british dahulu dianggap Tanah yang tidak mempunyai nilai komersial jika dibandingkan dengan tanah bukan Rezab Melayu walau pun bersebelahan nya. Perlu dibuat kajian semula oleh Pihak Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Dan kami menyokong tak salah diberikan hak milik kekal tiada sekatan pajakan kepada penduduk-penduduk kampong Baru yang ada di Negeri Perak tak kira dimana ia berada Melayu, Cina, Tamil atau Siam. Inilah satu perubahan yang patut dibuat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dan akan menyusul lagi perubahan perubahan yang lainnya..Umpama hasil Tanah, kawasan pembalakan perlu ditender secara terbuka dan lain-lain yang menunjukkan perubahan dari Kerajaan BN/UNMO dahulu.

Kami Rakyat bawahan ini akan memastikan pada Pilihan Raya akan datang kita akan menang lagi sebanyak mungkin kawasan UMNO yang boleh kita ambil. Ini Pandangan kami di peringkat bawahan sembang-sembang kedai kopi. Ini cetusan daripada pandangan Rakyat dan kajian dan ujian perlu dilakukan demi untuk membuat perubahan. YAB Dato Sri MB dan Exco perlu melihat pandangan dan adakan dialog rakyat bertajuk ingin membuat satu ajakan paradigma baru dalam pemerintahan yang baru.

Syabas kepada YAB Menteri Besar dan ahli barisan Exco Negeri Perak yang akan membuat perubahan demi perubahan untuk kesejehteraan Rakyat Perak. Kami yakin…

at 10:03 PM


UnratedAdd a comment to your rating

PAKATAN RAKYAT TUBUH MAJLIS MENTERI-MENTERI BESAR.

Kerajaan negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat hari ini menubuhkan Majlis Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri bertujuan meningkatkan hubungan dan kerjasama sesama mereka.Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, Majlis itu di kenali sebagai Pengisytiharan Mentaloon, majlis tersebut juga bertujuan menyelaraskan agenda, program dan aktiviti di kalangan negeri-negeri yang diterajui Pakatan Rakyat.“Perbincangan hari ini telah mencapai beberapa persetujuan berhubung apa perlu dibuat Pakatan Rakyat bagi meningkatkan kerjasama dan mengemas kini beberapa kekurangan yang perlu diambil tindakan segera,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat , Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.Dalam sesi sidang akhbar Menteri Besar Kelantan diwakili oleh Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa.Azizan berkata, mesyuarat tersebut juga bersetuju untuk menubuhkan sekretariat bagi mengendalikan majlis berkenaan di samping penubuhan Majlis Exco Kerajaan-kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.Sementara itu, Guan Eng berkata, majlis tersebut dibentuk kerana Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri negeri-negeri Pakatan Rakyat yang menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja sering didiskriminasikan.cina Islam blogspot

Dicatat oleh perakinI.

Friday, January 16, 2009

Ubah stail kempen, Najib tak berani buat - Anwar

KUALA TERENGGANU, 16 Jan - Kehadiran Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Pejabat Perhubungan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) begitu dinantikan oleh penyokong Pakatan Rakyat. Di samping petugas PKR yang memenuhi perkarangan pejabat di Gong Kapas itu, turut memenuhi ruang dengan kehadiran orang ramai yang mengambil kesempatan untuk bertemu dengan 'de factor leader' itu. Setelah sidang akhbar selama setengah jam di Pejabat Perhubungan PKR itu, Anwar turun bersama pimpinan PKR yang lain bagi mengadakan sesi soal jawab di hadapan pejabat partinya itu.
"Hari ini kita ubah stail kempen. Buat secara soal jawab. Najib tak berani buat macam ni," ujar beliau diiringi gelak ketawa dan sorakan daripada penyokongnya.

Beberapa persoalan yang ditanya oleh orang ramai dijawab Anwar dengan penuh semangat terutamanya berkaitan pengundi hantu. "PKR menerusi Angakatan Muda Keadilan (AMK) akan menempatkan petugasnya untuk mengawal di setiap Unit Peti Undi (UPU),"Jika dapat mengesan dan menangkap pengundi hantu, AMK akan mengheret individu terbabit ke mahkamah," tambahnya.Menurut beliau, pihak pembangkang tidak boleh mengharapkan kepada SPR apatah lagi SPR sedang bercelaru berikutan perletakan jawatan secara mengejut

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu semalam.Beliau mengulas kenyataan Najib dan Abdullah yang yakin menyatakan ekonomi Malaysia kukuh, "Ini kerana mereka tidak mengisi petrol dan membeli barangan di kedai. Rakyat yang terseksa kerana harga barang yang semakin meningkat naik," tegasnya sambil menjelaskan tentang keadaan ekonomi tahun 2009 yang dijangka terus meleset dalam tempoh suku penggal pertama.Sesi soal jawab secara terbuka itu turut dihadiri oleh Mustafa Kamil Ayub, Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin, YB Dr. Xavier Jayakumar, Exco Kerajaan Negeri Selangor serta beberapa pemimpin kanan PKR yang lain.

Attachments: pc_anwar.jpg

UMNO BERPECAH ADA 2 TEAM DSIJ & DMS

Analisis : BN kalah perang psikologiposted
"Jan 16, 2009 7:55 PM");

KUALA TERENGGANU, 16 Jan - Temubual ringkas bersama Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Mohd Noor Manuty, di pejabat perhubungan Parti Keadilan Rakyat di Gong Kapas sebentar tadi turut menyifatkan bahawa Umno kini mengalami kekalahan psikologi.
Ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat akhir-akhir ini begitu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat Melayu Terengganu. Kehadiran yang ramai ini jelas menunjukkan rakyat sudah berfikiran terbuka berbanding dengan kehadiran pada awal kempen dijalankan.

Maklumat terbaru 'satu team' yang melibatkan pemimpin Umno Terengganu dari kelompok bekas Menteri Besar Dato' Seri Idris Jusoh yang dinamakan 'Kumpulan 14' dipercayai akan 'mensabotaj' calon BN, Wan Ahmad Farid.Maklumat turut memberitahu, pemasang kain rentang di seluruh kawasan pilihanraya kecil Kuala Terengganu yang memburuk-burukkan bekas Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri itu akan dilaksanakan dalam waktu terdekat.Ini menunjukkan bahawa perbalahan dalam Umno tidak pernah reda sehingga ini.

Beliau yang turut mengulas situasi di Kuala Terengganu kini melihatkan peluang kemenangan lebih berpihak kepada calon pakatan rakyat, walaupun terdapat pelbagai tuduhan yang mengatakan Pakatan Rakyat kini tidak berpadu. "Walhal, pemimpin dan petugas Pakatan Rakyat begitu komited membantu calon Pas memenangi kerusi parlimen pilihanraya kali ini," tegas beliau.
Attachments: dr_normanuty.jpg

Wednesday, January 14, 2009

Persiapan Terakhir Tentera Zionis Untuk Menghancurkan Umat Islam Di Gaza


Persiapan Terakhir Tentera Zionis Untuk Menghancurkan Umat Islam Di Gaza
Pesanan Kepada Umat Islam Di Seluruh Dunia
Kepada Umat Arab dan Islam,
Janganlah kamu diperolok dan diperdayakan oleh kempen hitam dan media yang punah diperlakukan sekehendak Syaitan. Mereka memerangi tanpa henti bersama dalam barisan musuh-musuh umat Islam. Dengarlah suara hati nurani kamu yang tidak boleh menerima tindakan berdiam diri tanpa menolong pihak yang benar, saudara mara kamu di dalam kemanusiaan, agama dan Arab. Mereka dikepung oleh semua pihak agar memaksa mereka untuk tunduk menyerah diri kepada ketamakan musuh dan perancangan Zionis.
Wahai pemimpin dan kerajaan Arab,
Tiba masa kamu harus sedar dari lamunan, dan mengambil pendirian yang sebenar-benarnya. Kembalilah menilai pendirian dan strategi politik kamu sejak berdekad-dekad lalu. Bukalah lembaran baru bersama-sama rakyat kamu demi mencapai kemuliaan dan keagungan buat umat ini.
Saya tidak akan sekadar mengajak kamu mendokong hak Palestin dan menganjur peperangan demi membebaskan Palestin semata-mata, bahkan saya menyeru agar kamu jangan bekerjasama dalam membuat kepungan yang zalim dan melenyapkan isu Palestin. Isu ini tidak akan mati. Isu ini tidak akan berhenti sehingga Kebenaran kembali kepada tuannya. Adapun kamu, maka kamu akan dihukum oleh sejarah samada menyebelahi atau mendakwa kamu. Di akhir nanti, kamu akan berdiri di mahkamah Maha Adil, Maha Mengetahui, menghitung kamu apa yang kamu perbuat, apa yang kamu zahir dan rahsiakan.
Kepada kamu wahai Mujahideen, wahai mereka yang berada di medan batalion Syuhadak di Gaza Intifadah, Gaza yang dijajah, Gaza yang dibebaskan, Gaza yang diberkati …
Bergantunglah kamu kepada Allah swt. Yakinlah terhadap kemenangan dan pertolonganNya. Ikhlaskanlah wajah kamu hanya kepada Nya semata-mata. Ketahuilah bahawa Kemenangan itu datang bersama Kesabaran. Kesatuan barisan dalam rakyat Palestin adalah mesti demi mencapai kemenangan. Bersabarlah terhadap pembangkang kamu. Tanggunglah kesakitan yang dilakukan oleh mereka yang sebangsa dengan kamu. Haapkanlah senjata kamu ke arah musuh sahaja semata-mata dan ke arah dada-dada Zionis yang menjajah.
Jangan menunggu-nunggu apa jua pun dari Obama Amerika, Syarkozy Perancis dan Bangsa-bangsa Bersatu. Jangan mengharap-harapkan apa jua dari “Mubadarah Arabiah (tawaran dari pihak Arab)” (tawaran Arab diketuai Raja Abdullah dari Saudi iaitu “Israel serah Gaza dan Tebing Barat dan Israel dapat perdamaian dari Arab”) kerana kesudahannya nanti adalah kegagalan, kerana musuh terus menggunakan politik menceroboh dan kerana ianya tidak mencapai walau hak Palestin yang minima, memusnahkan hak Pelarian Palestin untuk kembali ke kampung halaman mereka yang kita tidak mungkin mengalah dalam hal ini.
Janganlah kamu masuk ke dalam strategi bentuk perbicangan dan kata-kata, bahkan hendaklah kamu bekerjasama dengan sepenuh tenaga mereka yang ikhlas ke arah memenangkan isu kamu. Hendaklah resolusi-resolusi kamu bebas sebebas-bebasnya.
Dengarlah seruan Ilahi dari tujuh petala langit bermaksud, “Wahai orang-orang beriman, bersabarlah, kuatkanlah kesabaranmu, bersiap siagalah dan bertaqwalah mudah-mudahan kamu berjaya” (Ali Imran:200).
Allahu Akbar, walillahi Hamd.
Selawat dan salam keatas Nabi Muhammad saw, ahli keluarga dan para Sahabat.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam.
Sheikh Mahdi AkefMursyidul Am Ikhwan MusliminKaherah, Mesir
Dikirim dalam News & Politics

Tuesday, January 13, 2009

UMNO SUDAH TIDAK BERSEMANGAT LAGI PRK 036 KT



Petugas UMNO akui BN bakal kalah



Ditulis oleh JITM

TUESDAY, 13 JANUARY 2009 15:23

KUALA TERENGGANU, 13 Jan - Seorang petugas dari Puteri UMNO yang datang dari Selangor mengakui PAS akan menang dalam Pilihanraya kecil ini. "Walau apa pun usaha yang dilakukan oleh BN terutama UMNO untuk memenangkan calon mereka namun, mereka terpaksa akur untuk bakal menerima kekalahan di tangan calon PAS pada 17 Januari nanti".Beliau yang sendiri datang menemui petugas Muslimat PAS awal pagi tadi beberapa kali menyatakan PAS bakal menang di Kuala Terengganu. Beliau yang juga bekas pegawai peribadi kepada Azalina Othman Said menyatakan demikian berikutan usaha-usaha yang dilakukan oleh mereka untuk menarik undi masih kurang berhasil.


Kenyataan Puteri UMNO yang sebelum ini sentiasa mengekori pergerakan Muslimat PAS ke lokasi-lokasi kempen ini akhirnya datang ke penempatan Muslimat PAS dan membuat beberapa pengakuan yang begitu mengejutkan. "Alhamdullillah, mungkin inilah pertolongan Allah kepada kami di atas doa dan pengharapan yang kami sandarkan hanya kepadaNya.


Sepanjang tempoh kempen ini, setiap malam kami buat solat hajat, baca Yaasin dan bermunajat kepada Allah menghadapi sesi serangan mereka,"Namun, kami akan terus mendoakan agar mereka dapat menerima kebenaran atau sekurang-kurang tidak mengacau gerak kerja kami sepanjang tempoh kempen ini," ujar seorang petugas Muslimat yang begitu bersyukur dengan perkembangan tersebut.Namun begitu, pihak kami difahamkan gerak kerja kempen Muslimat ini masih lagi diganggu sekumpulan penggerak UMNO yang terdiri daripada Wanita, Puteri dan Pemuda terutama menghalang laluan kempen petugas.Terdahulu, tindakan mereka menghalang berdiri di tangga dan tidak memberi laluan kepada petugas PAS. Menurut maklumat tambahan, pihak BN juga akan mencetuskan provokasi di lokasi-lokasi kempen petugas pakatan rakyat dan akan menyalahkan pihak pakatan rakyat atas berlakunya kejadian tersebut.

MANUSIA TAK MENGTAHUI APA YANG TERJADI ESOK HARI- Malaysiakini

1/13/2009

MANUSIA TAK MENGETAHUI APA YANG TERJADI ESOK HARI~Malaysiakini

ternyata manusia itu sih..
memang tak pernah tau apa yang akan terjadi untuk esok harinya..betulker..
siang hari hingga petang tadi ku masih kat umer..dekat magrib keluar ke kuantan dan sekarang kul tige pagi dah sampai balik kat umat kat kl ni..
sah manusia takleh tau untuk esok hari..
duh nak tidoq dulu ni..letih..ade sesape nak urut tak ye..hehe..esok
jangan tak kejut tau..kalau ade berita menarik pasal prk kt..tolong gi tau yerk..

Diposting oleh bawean termenung at Selasa, Januari 13

YAHUDI: PENAPA KAU SANGGUP MENBUNUH ANAK-ANAK KECIL_ZALIM"

1/13/2009

YAHUDI:MENGAPA SANGGUP MEMBUNUH ANAK KECIL TERJAWAB~Malaysiakini

Sejumlah pertanyaan mengapa yahudi begitu kejam hingga sanggup membunuh anak anak kecil atau budak budak ini mendapat perhatian sejumlah pengamat dari dalam dan luaryahudi yang begitu mengetahui tentang kemusnahan bangsanya di kemudian hari amat peka dan rajin memerhatikan dan mengkaji sumber dan alasan apa yang akan menghancurkan bangsanyadan antara yang mereka tahu adalah lahirnya satu kaum yang akan memerangi mereka sehingga batu dan pohon akan berbicara memberitahukan tempat persembunyian mereka..dan mereka amat tahu bahwa bangsa itu tidak akan lahir kedunia ini/tak akan wujud selagi ummat islam tidak berpegang teguh terhadap agamanya dan selagi solat subuh ummat islam tidak seramai solat jumat mereka dari itu yahudi dengan berbagai cara telah mengadakan jalan untuk menyekat timbulnya golongan yang berpegang teguh terhadap agama islam demi kelangsungan bangsanya sendiri..sama tabiat dengan firaun yang mempernyai tukang ramal mimpinya tentang kelahiran seorang budak yang akan menghancurkan kerajaanya.nah..di gaza ini yahudi melihat pertumbuhan anak muda yang tangguh agamanya..dari dini kehidupan yang begitu usia muda sudah menghafal al quran..gejala ini menjadi ketakutan bagi mereka..kebangkitan anakmuda dengan didikan al qur an adalah syarat mutlak untuk kebangkitan ummat islam yang akan menghancurkan mereka..karenanya yahudi sanggup membunuh mereka dari berkembang dan membesar sebagai tunas islam yang sebenarTerjawab sudah mengapa agresi militer Israel yang biadab dari 27 Desember 2008 kemarin memfokuskan diri pada pembantaian anak-anak Palestina di Jalur Gaza. Seperti yang diketahui, setelah lewat dua minggu, jumlah korban tewas akibat holocaust itu sudah mencapai lebih dari 900 orang lebih.

Hampir setengah darinya adalah anak-anak. Selain karena memang tabiat Yahudi yang tidak punya nurani, target anak-anak bukanlah kebetulan belaka.Sebulan lalu, sesuai Ramadhan 1429 Hijriah, Khaled Misyal, pemimpin Hamas, melantik sekitar 3500 anak-anak Palestina yang sudah hafidz Alquran. Anak-anak yang sudah hafal 30 juz Alquran ini menjadi sumber ketakutan Zionis Yahudi. "Jika dalam usia semuda itu mereka sudah menguasai Alquran, bayangkan 20 tahun lagi mereka akan jadi seperti apa?" demikian pemikiran yang berkembang di pikiran orang-orang Yahudi.Tidak heran jika-anak Palestina menjada para penghafal Alquran. Kondisi Gaza yang diblokade dari segala arah oleh Israel menjadikan mereka terus intens berinteraksi dengan Alquran.
Tak ada main video-game atau bagi mereka. Namun kondisi itu memacu mereka untuk menjadi para penghafal yang begitu belia. Kini, karena ketakutan sang mainan-mainan penjajah, sekitar 500 bocah penghafal Quran itu telah syahid. (sa)

Diposting oleh bawean termenung at
Isnin, Januari 13, 2009

Labels:

Idris Jusuh bermusun dengan Mohs Sadi PKR KT

1/13/2009

Idris Jusoh pulau kempen calon BN~Malaysiakini
#fullpost{display:inline;}

Mohd Nor YahyaTue Jan 13, 09 3:23:49 KUALA TERENGGANU, 13 Jan (Hrkh) - Retak menunggu belah. Mungkin ini perumpamaan mudah untuk menggambarkan pertelingkahan berterusan antara Dato' Seri Idris Jusoh dan Menteri Besar sekarang, Dato' Ahmad Said.Difahamkan kumpulan Idris yang masih mempunyai pengaruh di Terengganu akan memulaukan kempen Barisan Nasional (BN) biar pun Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh pernah menjadi orang harapannya sebelum ini.Namun kini dikatakan mereka sudah berpatah arang.

Wan Farid sekarang menjadi taruhan kepada Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, sehingga ramai berpendapat ia tidak disenangi Dato' Seri Najib Razak.Idris terlepas segala kuasa biar pun sebelum ini pernah menjadi orang harapan kepada Abdullah. Hari ini beliau tidak lagi mempunyai apa-apa, sekadar Adun Jertih.Pengarah Institut Penyelidikan dan Kajian Strategik Negeri Kelantan, Ibrahim Mamat berkata, terdapat desas desus kumpulan Idris akan meninggalkan markaz dan pos-pos Umno menjelang hari pengundian.

"Mereka dikatakan akan meninggalkan Kuala Terengganu sebagai usaha memprotes calon Umno yang kini difahamkan sudah membelakangi Idris," katanya ketika dihubungi di sini.Beliau juga berkata, pemimpin Umno dari Kuala Lumpur sudah kelihatan letih bagi menjelaskan kepada rakyat calon BN mudah mesra, sedangkan hakikat yang berlaku orang ramai sudah lama tahu."Pemimpin Umno lain sudah tidak sanggup berpura-pura dengan sikap peribadi Wan Farid yang dikatakan tidak mempunyai ciri-ciri sebagai wakil rakyat," ujar beliau.Beliau juga berkata, suasana pilihan raya kecil Kuala Terengganu tidak sehebat seperti apa yang berlaku di Permatang Pauh pada Ogos lalu.Ibrahim juga berkata, rakyat Terengganu tidak usah takut dengan ugutan pemimpin BN kononnya akan menyinsihkan Terengganu sekiranya mengundi calon Pakatan Rakyat.

Ini kerana kata beliau kerajaan Persekutuan tetap meneruskan pelbagai projek di Kuala Terengganu memandangkan ia menjadi tanggungjawab yang termaktud dalam perlembagaan."Adalah lebih baik memberi kemenangan kepada calon PAS supaya masalah rakyat dapat diketengahkan ke Parlimen sedangkan kemenangan calon BN akan membuatkannya lebih syok sendiri," ujarnya.Beliau juga melihat berlaku reformasi di kalangan pengundi Cina kepada calon PAS terutamanya yang tinggal di kawasan Dun Bandar.

Mengenai janji Najib mahu mengekalkan Wan Farid sebagai Timbalan Menteri jika menang di Kuala Terengganu katanya, ia tidak mampu menarik pengundi kerana rakyat sudah lama kenal siapa calon tersebut. - mj _Iklan Teks
Diposting oleh bawean termenung at

Selasa, Januari 13, 2009

Labels: ,

Monday, January 12, 2009

EZAM, MUKA TAK MALU


PKR Gerik, Monday, January 12, 2009
.fullpost{display:none;}
Oleh G. MANIMARANKUALA TERENGGANU: Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail enggan mengulas cabaran bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Rakyat, Mohamad Ezam Mohd Nor terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menyifatkannya sebagai hal peribadi.Sehubungan itu, beliau yang juga Presiden PKR meminta soalan itu diajukan sendiri kepada Anwar."Ini soal antara Anwar dan Ezam, ini soal peribadi. Tanya pada kedua-dua mereka," kata beliau pada sidang media Pakatan Rakyat di sini, hari ini.Beliau enggan mengulas lanjut cabaran Ezam itu.Semalam, Ezam mendedahkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu pernah memintanya supaya menguruskan langkah berdamai dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak sampai seminggu selepas dipecat.Malah, Ezam bekas Setiausaha Politik kepada Anwar juga mendedahkan tarikh tepat beliau melihat kandungan enam kotak rahsia yang dikaitkan dengan kononnya bukti gejala rasuah pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) semasa berada dalam kerajaan.Justeru, beliau turut mencabar Anwar sendiri menjawab pendedahan-pendedahan tersebut sebelum memperincikan kedua-dua perkara itu kelak.http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/1/11/mstar_liputankhas/20090111191856&sec=mstar_liputankhas lagi...
Unrated

Friday, January 9, 2009

Pilihanraya Kecil: Presiden PAS Bersetuju Dengan Projek Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Tetapi Musykil Kenapa Dibiayai Oleh Kerajaaan Negeri !!
KUALA TERENGGANU - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersetuju dan menyokong usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) mewujudkan Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini bagi kemudahan jemaah haji di ketiga-tiga negeri di Pantai Timur. Hadi yang juga anggota Parlimen Marang berkata dengan adanya lapangan terbang itu, penduduk di negeri ini tidak lagi perlu bersusah payah memandu ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) sebaliknya boleh menaiki kapal terbang secara terus ke Jeddah. "Kita sokong pembinaan lapangan terbang itu. Orang tak payah dah pergi ke Kuala Lumpur (KLIA). Boleh terus naik dari sini terus ke Mekah. Ini memudahkan jemaah haji di Terengganu, Kelantan dan Pahang," katanya pada sesi ceramah PAS di Kampung Tok Nasek di sini malam tadi. Penerbangan terus ke tanah suci bermula tahun lepas, setelah kerajaan Terengganu menaiktaraf LTSM itu membabitkan kos RM400 juta, bagi membolehkan pesawat Boeing 747 mendarat di situ sejak September lepas. Projek pembinaan LTSM itu, dimulakan sebaik sahaja BN mengambil alih tampuk pemerintahan daripada PAS pada 2004. Pada musim haji lepas, sebanyak 18 penerbangan terus pergi dan balik dari LTSM-Jeddah, membawa lebih 5,000 jemaah haji dari Pantai Timur. Bagaimanapun, Hadi mempersoalkan kos pembinaan lapangan terbang itu yang didakwanya menggunakan sumber kewangan kerajaan negeri. "Yang kita persoalkan kenapa kos pembinaan lapangan terbang itu ditanggung oleh kerajaan negeri. Sepatutnya ditanggung kerajaan pusat," katanya. Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dan Azharudin Mamat atau Adam, Bebas. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 17 Jan ini sebagai hari pengundian.[Nampaknya, projek pilihanraya terus datang mencurah-curah ke Kuala Trengganu sekarang ini. Namun, mana yang elok kita terima, mana yang mengarut dan nampak menipu kita harus tolak bulat-bulat. Elok benarlah pandangan Presiden PAS itu. Buat lapangan terbang tapi guna duit kerajaan negeri. Padahal projek lapangan terbang sepatutnya dibiayai oleh kerajaan pusat. Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan BN mahu menipu rakyat Trengganu "bulat-bulat" semata-mata untuk mengaburi mata mereka menjelang hari pengundian pilihanraya kecil Kuala Trengganu nanti. Rakyat harus sedar dengan segala muslihat ini sebenarnya].


0 Klik Untuk Komen Artikel Di Atas:
Post a Comment
Newer Post Older Post Home