Saturday, February 7, 2009

PANDANGAN MAJLIS PEGUAM

Saturday, February 7, 2009
Kemelut Perak:Pandangan Presiden Majlis Peguam tidak mewakili Majlis Peguam?


Saya benar-benar terkejut dengan kenyataan Presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk Ambiga Sreenevasan di NST bertajuk "PERAK IN CRISIS: Nizar has no choice but to resign: Bar Council" yang diulang terbit di lawan web rasmi Majlis Peguam http://www.malaysianbar.org.my baru-baru ini. Saya tidak pasti samada ia benar-benar keluar dari mulut Datuk Ambiga ataupun disalah petik oleh media berkenaan. Walaubagaimanapun, sekiranya ia dari mulut Ambiga saya amat tidak bersetuju sama sekali dengan kenyataan beliau.


Pertama: Ia tidak dibuat berdasarkan kepada realiti perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri yang sebenar. Saya pernah berhujah dalam artikel sebelum ini bahawa Sultan telah melakukan kesilapan mengarahkan Nizar mengosongkan kerusi MB. Walaupun kuasa Sultan dalam memecat MB ini adalah prerogatif tetapi ia hanya mengikut situasi yang betul. Contohnya penentuan kehilangan keyakinan MB di DUN tidak harus dinilai berdasarkan kenyataan media Najib Tun Razak bahawa BN telah miliki majoriti mentadbir. Saya hujahkan ianya harus melalui Usul undi tak percaya.


Kedua: Kenyataan Ambiga tidak dibuat melalui forum yang sesuai. Bagi saya dalam isu seberat ini, Majlis Peguam harus mengadakan sidang akhbar khas mengenainya. Ia tidak boleh dibuat secara spontan begitu, apatah lagi Ambiga berada dalam majlis bersama Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah. Bagi saya, beliau perlu lebih berkredibiliti, berani dan punyai nilai perundangan yang tinggi.
Ketiga: Kenyataan Datuk Ambiga sudah tentu tidak mewakili para peguam di dalam Majlis Peguam Malaysia. Sudah pasti isu ini melibatkan persoalan Hak Asasi Manusia yang lantang diperjuangkan Majlis Peguam. Apatah lagi, SUHAKAM menyokong pembubaran DUN. Secara peribadi saya bukan sahaja tidak setuju dengan beliau, tetapi membantah keras..


Saya lebih suka dan selesa dengan beberapa artikel kawan-kawan saya seperti Amer Hamzah dan Malik Imtiaz serta Hanipa Maidin yang lebih realistik..


Datuk Ambiga..hati-hatilah..
Posted by MOHD FADZLI BIN MOHD RAMLY at 11:29 AM 0 comments

Adakah Anwar di Persalahkan?

Ketika keputusan pilihanraya pada 8 Mac 2008 diumumkan, semua rakyat bersorak kegembiraan. BN hilang 2/3 majoriti, BN hilang 5 negeri, Samy Vellu kalah, Sharizat kalah, KJ pada kiraan awal kalah lepas itu menang dengan penurunan majoriti dengan begitu mendadak. Semuanya disambut dengan penuh rasa kegembiraan, tangisan, dan sambutan terhadap kemenangan tersebut diraikan dengan penuh rasa syukur.

Namun apabila kerajaan Pakatan Rakyat di Perak goyah dan telah dirampas kekuasaannya dengan tidak mengikut undang - undang. Mula kedengaran suara - suara busuk mengeji Anwar Bin Ibrahim. Ada yang mengatakan beliau tidak pandai memilih calon. Ada yang mengatakan sebab beliau yang sibuk - sibuk cakap fasal 16 September maka inilah hasilnya. Perak hilang.

Bezanya Anwar dan Najib adalah Anwar mahu peralihan kuasa itu dilakukan dengan cara mengikuti undang - undang. Anwar telah meminta agar Pak Lah memanggil satu sidang khas parlimen dijalankan. Adakah Pak Lah akur dengan tuntutan beliau, sudah pasti tidak. Kenapa tidak akur kerana Pak Lah tahu pasti ada beberapa Ahli Parlimen BN yang akan memberi undi tidak percaya kepada beliau. Speaker Dewan Rakyat juga telah beberapa kali menolak usul undi tidak percaya yang diusulkan oleh Pakatan Rakyat. Anwar tidak gopoh seperti mana Najib. Anwar tidak menculik dua Adun KeADILan dan membawanya ke Pekan. Anwar tidak terus memaksa Agong memecat Pak Lah. Anwar tetap mahu melakukannya dengan mengikut perlembagaan negara. Kerana apa? Kerana beliau tidak mahu peralihan kuasa itu berlaku dengan kekacauan. Lihat di Perak. Apabila kekuasaan itu dilakukan tidak mengikut perlembagaan Sultan sendiri terasa bahananya. Itulah yang membezakan upacara LOMPAT ANWAR dengan NAJIB.


Apabila terjadinya pembelotan oleh dua Exco KeADILan, segera tampil beberapa insan yang mengutuk Anwar Bin Ibrahim kerana tidak pandai mengenal calonnya itu. Baik, biar saya berikan beberapa contoh. Contoh yang pertama, ibubapa mana yang tidak mahu anaknya menjadi insan yang berguna. Anak - anak diberi didikan supaya mereka tidak menjadi gangster, amanah, tidak rasuah, tidak bunuh orang dengan C4, tidak bunuh orang di penjara dan bermacam lagi perkara buruk yang tidak terjadi kepada mereka. Tapi apabila anak - anak itu tetap juga menjadi jahat adakah ianya salah ibubapa. Nabi Nuh a.s juga gagal mendakwah anak dan isterinya. Adakah Nabi Nuh a.s gagal? Tidak, ini semuanya berlaku diluar jangkaan kita. Contoh kedua, apabila si suami berkahwin dengan isterinya sudah pasti mereka mahu perkahwinan mereka kekal dan bahagia senantiasa. Segala kasih sayang dan pengorbanan dilakukan dengan ikhlas dan dengan rela hati semahunya. Tapi jika si suami mempunyai perempuan simpanan adakah si isteri mengetahuinya. Bila si suami membawa perempuan simpanannya pergi ke mana - mana untuk melepaskan nafsunya adakah si isterinya tahu dan begitu juga sebaliknya. Semuanya ini berlaku diluar jangkaan kita. Kita bukannya Tuhan. Hanya Tuhan sahaja yang mampu mengenal makhluk ciptaanNya. Walaupun tarbiyah, usrah, sekolah, kelas - kelas diberikan kalau sudah ditakdirkan mereka menjadi jahat maka jahatlah mereka. PAS pernah hilang Allahyarham Asri Muda, Nakhaie. PRM pernah hilang Kassim Ahmad. DAP pernah hilang Lee Lam Thye. Adakah ini semua salah pucuk pimpinan. Tidak dapat dinafikan mungkin ada beberapa perkara yang menyebabkan mereka khianat. Tapi adakah mereka boleh menjangkakan. TIDAK!!

Saya merasa jijik dan sedih kerana beberapa insan yang telah mengutuk Anwar dan Pakatan Rakyat. Semua orang mahu melakukan terbaik. Tapi jika sudah begini suratan takdir apa yang kita boleh buat. Cukup sekadar kita menjadikannya sebagai iktibar dan pedoman. Jadikan peristiwa ini sebagai satu pemangkin semangat untuk terus berjuang mereka yang zalim ini. Perompak tidak akan berhenti merompak. Perompak tidak akan merompak ikut pintu depan sahaja. Mereka akan merompak dari semua segenap penjuru. Walaupun kita ada pengalaman dari tahun 1961 tapi mereka yakni Zionis Malaysia ini tidak akan berhenti merompak. Mereka akan menggunakan taktik - taktik yang licik sampai ada satu tahap menculik wakil - wakil rakyat kita. Tidak boleh beli RM 50 juta, diculiknya mereka.

Saya bukannya taksub dengan Anwar Bin Ibrahim. Tapi saya simpati dengan beliau kerana beliau bersungguh - sungguh untuk memastikan Malaysia selamat dari cengkaman Zionis Malaysia. Beliau bersungguh - sungguh membawa PAS dan DAP duduk semeja. Beliau bersungguh - sungguh membawa usul tidak percaya dan memanggil sidang khas Parlimen tapi tidak berjaya. Adakah ini salah beliau. Kita merancang wahai sahabatku. Selebihnya Tuhan yang menentukan.

Jadi buat mereka yang mengkritik yang keterlaluan terhadap beliau renung - renungkan. Kuatkan semangat dan teruskan berjuang. Buat mereka yang hanya duduk didalam pejabat yang berhawa dingin, di rumah dan yang tidak pernah berjuang hatta menampak poster di pokok ketika pilihanraya you can shut your mouth!!!!

Nizar pengerusikan mesyuarat 'Exco Khas' putus 4 perkara



Sabtu Februari 7, 2009
Nizar pengerusikan mesyuarat 'Exco Khas', putuskan 4 perkara


MASIH... Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (dua, kiri) ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas Exco di kediaman rasmi Menteri Besar di Ipoh hari ini. Beliau berkata barisan Exco Pakatan Rakyat akan meneruskan tugas seperti biasa sehingga Mahkamah Tinggi memutuskan kedudukan kerajaan negeri itu. -fotoBERNAMA

[DIKEMAS KINI, 5.30 PETANG] IPOH: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang masih mendakwa beliau sebagai Menteri Besar Perak yang sah, pagi ini mengadakan mesyuarat khas Exco Kerajaan Negeri di kediaman rasminya di sini.


Beliau mempengerusikan mesyuarat itu sehari selepas Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang baru.


Mesyuarat khas itu berlangsung di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Jalan Raja Idris Shah mulai pukul 11.15 pagi tadi.


Ia dihadiri semua exco Pakatan Rakyat kecuali Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia dan Sukan, Seah Leong Peng.


Antara lain mesyuarat itu membincangkan untuk membenarkan sistem penerbangan tambang murah, Firefly beroperasi di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah bermula 15 Mei ini.


"Kerajaan negeri akan membayar RM2.7 juta kepada Firefly sebagai sumbangan kepadanya untuk mengadakan penerbangan ke lapangan terbang itu," kata beliau kepada wartawan di sini.


Turut diputuskan ialah tanah berstatus pajakan bagi industri dilanjutkan sehingga 99 tahun.


Malah, kerajaan negeri juga kata beliau, telah meluluskan pelantikan 342 ahli bagi 15 majlis kerajaan tempatan negeri Perak.


Mesyuarat khas itu juga meluluskan peruntukan RM1 juta bagi pemberian kifalah RM1,000 (khairat kematian) bagi warga Perak yang layak terutama golongan miskin.


Sehubungan itu, kata beliau, pihaknya tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk melaksanakan keputusan-keputusan yang dicapai dalam mesyuarat khas hari ini.


"Agensi-agensi negeri perlu mematuhi keputusan kerajaan semasa dan tidak timbul soal tidak melaksanakan keputusan yang dicapai," katanya lagi sambil menambah, minit mesyuarat akan dihantar kepada jabatan-jabatan terbabit.


Mengenai pelantikan dan upacara angkat sumpah Exco Barisan Nasional (BN) Selasa ini, Nizar memberitahu, pihak berkenaan perlu menunggu deklarasi Mahkamah Tinggi mengenai isu tersebut.


"Jadi kita serah sebulat-bulatnya kepada mahkamah untuk menentukan," katanya.


"Jika mereka terus dengan tindakan angkat sumpah, hanya kita di dunia merupakan satu-satunya kerajaan yang mempunyai dua menteri besar," katanya.


Tambah Nizar, beliau akan terus menjalankan tugas seperti biasa Selasa ini dengan menemui pelanggannya.


Mengulas mengenai mesyuarat khas exco yang dijalankan tanpa menghadap Sultan Perak sebagaimana kebiasaan mesyuarat exco, Nizar berkata, perkara itu "dibolehkan" kerana itu mesyuarat khas.


Ditanya adakah beliau akan pergi bertugas ke pejabat Menteri Besar Perak Selasa ini sedangkan Zambry sudah dilantik sebagai menteri besar baru, Mohamad Nizar berkata, "saya akan berebut, siapa datang awal."


Semalam Nizar berkata, akan memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Ipoh untuk mengisytiharkan bahawa pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang baru tidak sah.


Nizar yang masih mempertahankan bahawa beliau masih Menteri Besar Perak berkata pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar dibuat tanpa mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.


Semalam, Mohammad Nizar juga mengulangi kenyataan beliau bahawa beliau dan keluarganya tidak akan mengosongkan kediaman rasmi Menteri Besar Perak.

Tun Mahadir, Bolih dibawa ke Mahkamah



Sabtu Februari 7, 2009
Mahathir: Sultan boleh disaman
Oleh NURBAITI HAMDAN




MESRA... Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir (kiri) beramah mesra dengan orang ramai ketika menghadiri sambutan Tahun Baru Cina anjuran Parti Gerakan Perak di Pusat Khidmat Masyarakat Kampung Simee, Ipoh hari ini. Majlis ini merupakan acara rasmi pertama yang beliau hadiri selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar semalam. --fotoBERNAMA

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Undang-undang membolehkan seseorang Sultan untuk dibawa ke mahkamah, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.


"Dari segi etika, ia tidak baik tetapi dari segi perundangan, tiada siapa yang boleh dihalang daripada menyaman (Sultan)... ini undang-undang," katanya.


Berhubung soalan sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) sewajarnya telah dibubarkan, bekas Presiden umno itu memberitahu, DUN Perak seharusnya telah bertemu dan memutuskan undi tidak percaya ke atas Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kerana ia satu-satunya cara untuk menjatuhkan kerajaan negeri pimpinannya.


"Bagaimanapun jika Menteri Besar (Nizar) enggan mengadakan sidang DUN, tiada siapa yang boleh memaksa beliau," katanya.


Bagaimanapun, Dr. Mahathir yang pernah berhadapan dengan isu krisis Perlembagaan Persekutuan semasa kepimpinannya menjelaskan, dalam keadaan seumpama itu Nizar tidak boleh berbuat demikian untuk tempoh yang lama kerana DUN perlu bersidang untuk membentangkan bajet dan sebagainya.


Ketika ditanya sama ada orang Melayu akan kecewa dengan tindakan saman seumpama itu, Dr. Mahathir berkata, beliau sebagai seorang Melayu tidak bersetuju dengan langkah tersebut tetapi ramai orang Melayu yang menyokong Karpal.


"Inilah Melayu moden, saya ini orang tua," kata Perdana Menteri dari tahun 1981 hingga 2003 ini ketika ditemui wartawan di Seri Kembangan hari ini.


Menjawab soalan berkaitan dengan krisis perlembagaan dengan keengganan Nizar dan pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar baru, Dr. Mahathir berkata, Pakatan perlu membuktikan kes mereka jika wujud pencabulan undang-undang.


"Kita ada undang-undang. Anda kena patuhinya sama ada anda suka ataupun tidak. Selagi ada undang-undang, anda kena mematuhinya," kata beliau.


Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh semalam bahawa Pakatan Rakyat akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan Perak dan Barisan Nasional (BN) jika masih berkeras untuk melantik Menteri Besar yang baru.


Majlis itu berlangsung petang semalam di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar.


Kata beliau, Pakatan tidak mempunyai pilihan bagi mengambil tindakan itu kerana pelucutan jawatan Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin oleh Sultan Azlan Shah, yang dikatakan mengikut Artikel 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri, adalah jelas di luar batas kuasa dalam peruntukan artikel itu.


"Dalam undang-undang, keputusan Sultan Perak boleh dipersoal di mahkamah undang-undang. Saya meminta Sultan menghentikan dan berhenti daripada melantik seorang MB BN baru dan ahli majlis mesyuarat selepas tengah hari ini, kata beliau pada sidang akhbar beberapa jam sebelum upacara tersebut.


Karpal Singh berkata, tindakan ini tidak boleh, dalam apa jua cara, dilihat sebagai ancaman kepada sultan tetapi merupakan peringatan tegas bahawa pemerintah diperlukan untuk bertindak di dalam lingkungan had dan batas perlembagaan Undang-undang Tubuh Negeri Perak yang merupakan undang-undang tertinggi di negeri itu.


Beberapa jam selepas itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata, pihaknya tidak akan memfailkan saman terhadap Sultan Perak seperti yang didakwa oleh Karpal.


Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata dakwaan menyaman Sultan Perak itu hanyalah menurut laporan media sahaja.


Anwar berkata Pakatan Rakyat berpendirian Mohammad Nizar masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undangundang dan perlembagaan negeri Perak.


Beliau mendakwa pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr Zambry Kadir sebagai Menteri Besar tidak sah dan bercanggah dengan perlembagaan.

Wednesday, February 4, 2009

Salam Sembah Tuanku, Sultan Perak

Patik anak jati negeri Perak ingin memohon penuh kebijaksanaan dari pihak Tuanku dalam hal keadaan Negeri Perak sekarang. Tentu sekali Tuanku jauh lebih arif bagaimana keadaan ini harus diuruskan.

Bagaimanapun, patik rasa rakyat jelata di seluruh negeri tentu sekali amat tenang dan berlapang dada jika pilihanraya semula dapat diadakan di seluruh negeri agar semua ADUN dapat dipilih semula, dan kerajaan mantap pilihan rakyat dapat dibentuk. Siapa yang mentadbir negeri ini sekalipun, rakyat jelata lah yang akan menghadapi segala akibatnya.

Membiarkan pemimpin di'beli' dan menukar-nukar prinsip perjuangan dan mempermainkan kepercayaan rakyat kepadanya adalah suatu yang tidak wajar membudaya dalam Negeri Perak ini. Pada hemat patik, membiarkan negeri ini dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yang longgar prinsip dan sahsiahnya bakal menghitamkan sejarah negeri ini.

Ampun Tuanku, pandangan patik jika keterlaluan harap diampun.

Sembah patik harap diampun.